Isnin, 4 Ogos 2008

Kaedah Bayar Sumbangan

Bayaran sumbangan/caruman boleh dibuat secara bulanan atau suku-tahunan atau setengah tahunan atau tahunan atau ‘lumpsum’ melalui kaedah-kaedah dibawah:

Melalui Kaunter

  • Semua cawangan Takaful Ikhlas Sdn Bhd
  • Semua kaunter Maybank
  • Semua kaunter Bank Simpanan Nasional
  • Semua kaunter Bank Islam Malaysia Berhad
  • Semua kaunter EON Bank Berhad

Internet Banking

Autodebit (perlu isi borang dan fotostat buku akaun bank)
  • Maybank Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank Berhad

Arahan Tetap semua bank

Potongan gaji
  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Semua syarikat yang memohon

Kad Kredit autodebit (perlu isi borang dan fotostat kad kredit)
  • Semua jenis Master Card
  • Semua jenis Visa Card

Dokumen yang diperlukan untuk penyertaan pelan Takaful:
  • Salinan kad pengenalan pemohon/peserta dan anak (pelan pendidikan)
  • Dokumen lain- bergantung kepada cara bayaran dan pelan yang dipilih. * Bayaran tunai bulanan tidak lagi diterima

Rabu, 30 Julai 2008

Kenapa Anda Perlukan Takaful?

RISIKO-RISIKO UTAMA dalam kehidupan :

"Kemalangan"


"Kematian"


"Hilang Upaya Kekal"


"Penyakit Kritikal"



"Usia Tua"


Semua di atas diangggap risiko kerana jika salah satu daripadanya berlaku, besar kemungkinan kita belum bersedia menghadapinya dari segi survival dan sara hidup diri atau orang yang disayangi..

Justeru, adakah kita mahu tergolong di kalangan "orang-orang yang tidak bersedia" itu?

Fikirkan tentang anak-anak, isteri, ibu, ayah serta mereka yang mengharapkan sokongan dan pertolongan dari anda..Bagaimana jika anda tiada atau tiada upaya??

"Menyertai Pelan Takaful Keluarga seumpama anda MEMBERI keluarga anda sesuatu sekarang supaya keluarga anda dan anda tidak KEHILANGAN segalanya pada masa hadapan."

Khamis, 17 Julai 2008

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

sumber: www.e-fatwa.gov.my

Kategori: Ekonomi
Tajuk: Insurans

Keputusan 1:
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah HARUS

Oleh: Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan: 1 Oktober 1970
Tarikh Muzakarah: 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970

Keputusan 2:
Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah HARAM dan sebagai suatu mu'amalah yang FASAD kerana 'aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
  1. Mengandungi Gharar (ketidak-tentuan)
  2. Mengandungi unsur Judi
  3. Mengandungi mu'amalah Riba
Oleh: Persidangan ke 16
Tarikh Keputusan: 15 Februari 1979
Tarikh Muzakarah: 15 Februari 1979 hingga 16 Februari 1979

Peranan & Fungsi Utama Takaful

  1. Perlindungan - pembantu ketika saat anda mengalami penyakit/kecacatan tertentu, musibah atau kemalangan, walaupun ketika tempoh simpanan belum matang.
  2. Simpanan - Simpanan tetap, teratur dan pengeluaran terkawal. Jaminan wang ketika saat anda terdesak, memerlukan kos rawatan/ perubatan, anak hendak sambung pengajian, menunaikan haji, pergi bercuti atau untuk hari tua anda.
  3. Pengecualian dari cukai - Meringankan beban cukai disamping konsisten membayar zakat.
  4. Pelaburan - Menggandakan simpanan dan memastikan pulangan yang menguntungkan.
  5. Wang Kecemasan - Ketika berlaku kematian, untuk tampung kenaikan kos sara hidup, bayar hutang atau kos pengajian.
  6. Gantian Pendapatan - Apabila sudah bersara atau tidak dapat bekerja kerana sakit kritikal/lumpuh/hilang upaya.
  7. Pembiayaan perniagaan - Membentuk dana serta modal di samping melangsaikan hutang.
  8. Pembentukan Harta - melalui simpanan jangka panjang dan had pengeluaran.
  9. Motivasi hidup - di saat mengalami ujian kesusahan, hilang tempat bergantung, hilang sumber pendapatan dan pembangkit semangat anak-anak untuk berjaya dalam pengajian.
KEPERLUAN KEPADA PELAN TAKAFUL

"Seseorang itu menyertai pelan Takaful bukan kerana beliau akan mati, tetapi bagi memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan".

"Selagi ada kasih sayang, selagi itulah insurans hayat Islam diperlukan"

Rabu, 16 Julai 2008

MNRB Retakaful Beroperasi Sebagai Syarikat Retakaful

Sumber: UM Online - Ogos 2007
KUALA LUMPUR 2 Ogos – MNRB Retakaful Bhd., (MNRB) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. menerima lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengendalikan operasi syarikat re-Takaful pertama di negara ini.

MNRB Holdings Bhd. dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat baru yang ditubuhkan pada 27 Disember 2006 dengan modal dibenarkan RM500 juta dan modal berbayar RM100 juta itu akan diterajui oleh Ismail Mahbob sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.

“Ismail dipilih kerana memiliki pengalaman yang luas selama lebih 20 tahun dalam bidang insurans dan reinsurans di dalam dan luar negara dan akan dibantu oleh satu jawatankuasa Syariah dianggotai oleh ramai pakar dalam bidang-bidang berkaitan,” katanya.

MNRB Holdings Bhd. berkata, syarikat itu akan beroperasi berteraskan model yang menggabungkan prinsip Al-Wakalah dan Al-Mudhorabah dan disasarkan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan kepakaran profesional re-takaful di negara ini.

Takaful IKHLAS Pengendali Takaful Terbaik 2010

Sumber: Utusan Malaysia Online - Dis 2007
PETALING JAYA 16 Dis – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yakin muncul antara syarikat pengendali takaful terbaik dalam industri takaful di negara ini menjelang tahun 2010.

Presidennya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan syarikat yang di luar jangkaan, walaupun baru lima tahun beroperasi. Malah, bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 31 Mac 2008, beliau optimis, kutipan premium kasar akan terus melonjak melebihi RM75 juta berbanding tahun lalu. “Kami jangka dapat melepasi sasaran kutipan sebanyak RM320 juta pada bulan kesepuluh beroperasi iaitu pada Januari 2008 katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini. Apabila ditanya sama ada pertumbuhan itu terlalu pantas, beliau berkata, Takaful IKHLAS telah ditubuhkan pada 2003 dengan persediaan perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang pada ketika itu. “Kami akan memperkukuhkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk menghadapi cabaran daripada tujuh syarikat pengendali takaful di negara ini” tambahnya.

Pada tahun lalu, Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad (MNRB) mengutip premium berjumlah RM224 juta. Namun, kutipan premium bagi tempoh tujuh bulan tahun ini meningkat kepada RM225 juta, manakala pada bulan seterusnya, syarikat itu telah mencatat kutipan sebanyak RM265 juta. “Jumlah premium tahun ini mengatasi kutipan premium pada tahun lalu sebanyak RM41 juta, hanya selepas lapan bulan beroperasi pada tahun kewangan ini” katanya. Syed Moheeb berkata, pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh sokongan padu pihak bank, kematangan agensi dan skim kumpulan secara langsung menerusi broker dan ejen korporat untuk menggambarkan kredibiliti syarikat sebagai pengantara yang cekap. “Kami akan meneruskan misi syarikat dengan berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam” jelasnya.

Beliau berkata, tiga cawangan baru pejabat Takaful IKHLAS akan dibuka dalam waktu terdekat ini. Katanya, cawangan di Putrajaya akan memulakan operasi Januari ini, manakala cawangan di Kuantan dan Melaka akan dibuka selepas Tahun Baru Cina tahun depan. Pada masa ini Takaful IKHLAS beroperasi di enam cawangan iaitu Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sungai Petani.

“Mungkin tidak seperti pengendali takaful yang lain, kami tidak memerlukan pejabat cawangan yang terlalu banyak. Namun yang penting ialah membuka memilih lokasi yang strategik di negeri terbabit sebagai pejabat wilayah” katanya. Menurutnya, Takaful IKHLAS juga merasakan keperluan untuk memberi perkhidmatan sokongan di bandar-bandar kecil dapat disempurnakan melalui kecekapan perkhidmatan agensi dan penggunaan teknologi dalam operasi terutamanya sistem teknologi maklumat (IT).

Ketika mengulas mengenai perancangan 2008, Syed Moheeb berkata, syarikat akan menumpukan usaha untuk mengadakan pakatan strategik dengan lebih banyak institusi kewangan.

Takaful Ikhlas Targets 6 Million Clients For New Hospital & Surgery Cover

Sumber: Bernama - Apr 2008
MELAKA, April 20 - Takaful Ikhlas Sdn Bhd is targeting six million clients within a year for its latest scheme, IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT), which was launched today in conjunction with Unit Trust Week 2008 being held here.

Its president and chief executive officer, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, described IMAT as a hospitalisation and surgery coverage scheme with 30 benefit features.

It is also the cheapest among similar schemes offered by insurance and takaful firms, he contended.

"We offer five plans under the scheme but clients don't need to fret over which to choose because they all offer the same benefits," he said after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi launched the product.

Syed Moheeb said IMAT clients will have their hospital room and meal costs paid for, and they will be paid the difference between what they are eligible for and the actual cost.

"We will also pay the cost of stay in Intensive Care Unit (ICU), hospital services and supplies, surgery costs, specialists' fees, pre-admission consultations with specialists and diagnostic tests," he added.

Syed Moheeb explained that for the pre-admission diagnostic tests, the clients will be paid the difference between their eligibility and the actual costs.

Other benefits include pre-surgery specialist consultations and diagnostic tests, specialist calls during hospital stay, outpatient treatment for emergency cases, emergency dental treatment, traditional medical treatment and daily cash allowance for stays in government hospitals.

Clients are also eligible for expenses incurred for homecare, lodging expenses, government service tax, payment for medical records, organ transplants, outpatient cancer treatment and dialysis treatment for kidney patients.

At the function, Takaful Ikhlas presented 10 wheelchairs to the Melaka Health Department under its corporate social responsibility programme.

Takaful Ikhlas is a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd and began operations in July 2003.

Balu Tentera Terkejut Terima Bantuan RM60,000

Sumber: Berita Harian - Okt 2004
KUALA LIPIS, 4 Jun – Seorang balu tentera, Siti Aishah Hamid, 40, berasa terkejut dan tidak menyangka kehadiran dua pegawai syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd dari Kuala Lumpur muncul di rumahnya untuk menyampaikan dana bantuan berjumlah RM60,000 di Kampung Beletik, dekat sini hari ini. Ibu kepada lima orang anak berusia antara 3 hingga 16 tahun menerima sumbangan itu daripada Pengurus Agensi Takaful Ikhlas, Mursal Mat Jadi di rumah bapa mertua ibu tunggal itu di kampong tersebut.

Mursal memberitahu Utusan Malaysia, ibu tunggal itu menerima dana insuran itu bagi pihak suaminya, Allahyarham Nazri Omar yang menyertai polisi Pelan Ikhlas Simpanan Takaful pada 17 Februari tahun ini menerusi caruman sebanyak RM450.

Katanya, syarikat itu meluluskan bantuan dana tersebut kepada Allahyarham Nazri Omar sebanyak RM112,640.56, tetapi jumlah RM60,000 diserahkan dulu kepada balu berkenaan berasaskan Akta Takaful 1984.

“Syarikat ini akan menyerahkan baki bantuan RM52,640 tidak lama lagi selepas balu allahyarham selesai urusan pengagihan harta yang diperakui oleh pihak berkuasa,” selepas menyerahkan cek bernilai RM60,000 kepada Siti Aishah dekat sini hari ini.

Hadir sama pada penyerahan itu ialah Penolong Pengurus Unit Takaful Ikhlas, Shamsul Azhar Ahmad.

Allahyarham Nazri yang menyertai polisi Takaful Ikhlas terlibat dengan kemalangan jalan raya berdekatan Kampung Sungai Sam di Lebuh Raya Kuala Krai ke Gua Musang pada 28 April lalu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis.

Sementara itu, Siti Aishah berkata, dia tidak tahu arwah suaminya menyertai polisi tersebut sehinggalah diberitahu oleh Penolong Pengurus Unit syarikat tersebut, Shamsul Azhar Ahmad hari ini.

“Saya bersyukur kepada Allah dan Insya-Allah akan menggunakan bantuan ini untuk kebajikan lima orang anak terutamanya membiayai persekolahan sehingga ke peringkat tinggi,” ujarnya.

Datuk Berazam Guna Wang Pampasan Biayai Pendidikan Cucu.

Sumber: UM - Jan 2005
Dungun 10 Jan– Datuk kepada Mohd . Fauzan Ibrahim, 6, anak yatim piatu selepas ibu bapanya terkorban dalam nahas jalan raya di Pasir Puteh pada Ogos tahun lalu, akan menggunakan wang pampas an yang diterimanya sebanyak RM 70,955 daripada syarikat Takaful Ikhlas untuk membiayai pendidikan cucunya itu.

Mat Yusoff Muda, 59, yang menerima pampasan itu bagi pihak anaknya, Alahyarham Masni Mat Yusoff, 31, berkata beliau akan memastikan Mohd Fauzan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih sempurna dengan wang pampasan tersebut.

Saya langsung tidak menyangka akan menerima pampasan kerana arwah Masni tidak pernah memaklumkan yang dia membuat caruman sehingga saya dimaklumkan oleh sebuah syarikat insuras sebulan lalu.

“Wang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk masa depan anak arwah (Mohd Fauzan). Cucu saya sekarang ini masih lagi sedih kerana kehilangan ibu dan bapanya dalam sekelip mata.” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima wang pampasan tersebut daripada Syarikat Takaful Ikhlas di pejabat syarikat insurans itu, di sini semalam.

Pada 7 Ogos tahun lalu, ibu bapa kanak-kanak itu, Masni dan Ibrahim Omar, 37 dan abang Mohd. Fauzan Mohd Farhan, 8 terbunuh apabila kereta Proton Iswara yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain di Kilometer 49.5 Jln Kota Bharu- Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Mohd. Fauzan terselamat didalam kejadian itu dan hanya mengalami lebam-lebam pada muka dan badan.

Mat Yusoff berkata, beliau hanya mengetahui akan menerima pampasan itu setelah dimaklumkan oleh pihak insurans mengenainya.

“Saya benar-benar terkejut apabila wakil Takaful Ikhlas memaklumkan yang arwah anak saya ada membuat caruman dan meminta saya hadir pada majlis penyerahan cek ini.”

“Bagi saya ini adalah nikmat daripada Allah dan saya amat bersyukur” katanya. Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Keluarga Syarikat itu, Ariffin Mohd Lazim berkata, Alahyarham Masni telah membuat caruman insurans dengan syarikat selama sebulan dengan nilai gaji sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Indahnya Tabarru'(Sedeqah) Dalam Takaful

Sumber: Info Takaful - Jun 2005
Sesungguhnya Islam mengganggap harta sebagai anugerah dan pinjaman sementara kepada manusia. Perlu diingatkan bahawasanya manusia tidak memiliki harta tersebut secara mutlak, bahkan harta tersebut adalah sebagai amanah Allah untuk kita atur dan salurkan dengan cara yang diredhainya.

Sejajar dengan keputusan para alim ulama’ dalam mencari penyelesaian kepada pelaksanaan Sistem Insurans yang selari dengan prinsip Syariah Islam, maka mereka memutuskan bahawa penggunaan kontrak Tabarru’ adalah lebih praktikal dan selamat dalam mengatur-urus Sistem Insurans yang pada tujuan asalnya adalah dianggap baik.

Perbahasan yang ingin diketengahkan pada ruangan kali ini adalah berkaitan dengan Konsep Tabarru’ itu sendiri dan mengapa ianya dipilih sebagai kontrak yang selamat pada pandangan Islam dalam menjalankan aktiviti dan transaksi Insurans. Tabarru’ bolehlah diertikan sebagai suatu bentuk derma Ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ianya dianggap sebagai amalan terpuji di dalam Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi dengan syarat ianya mesti disertakan dengan niat yang Ikhlas.

Tabarru’ dalam aplikasi Insurans atau lebih dikenali sebagai Takaful lebih menjuruskan sumbangan para peserta Takaful di dalam satu Dana Khas di mana dana tersebut berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Dalam hal ini, sumbangan Tabarru’ yang telah disumbangkan itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta kerana ianya merupakan sumbangan yang telah didermakan. Keunikan Dana Tabarru’ ini ialah ianya berfungsi untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagaimana yang telah dipersetujui. Dalam aplikasi Takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam. Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang IKHLAS.

Begitu juga kepada para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep Tabarru’ ini, di mana mereka juga bakal mendapat ganjaran Ilahi sebagaimana maksud Hadith:

"Barangsiapa yang menunujukkan sesuatu kebaikan, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang mengerjakannya". (Riwayat Muslim)

Jika dilihat dari kacamata Islam, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya agar melakukan derma Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan amalan ini sangat dipuji di dalam Islam. Terlalu banyak dalil-dalil yang menyokong perkara ini. Antaranya maksud firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Baqarah: 254)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah:261)

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya)." (Surah al-Baqarah: 265)

Kesimpulannya, kita boleh mengaplikasikan konsep Tabarru’ itu melalui penglibatan kita sebagai peserta Takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan Takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.

Isnin, 7 Julai 2008

Hukum Insurans Konvensional Dan Pelaburan Islam

Soalan :

Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurans tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah. Apakah hukum insurans sebenarnya?

Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamik? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.

Budiman Abd Rahman

Jawapan :
Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insurans ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666M di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830M. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836m @ 1252H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insurans. (Hasyiah
Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Insurans Konvensional :
Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut :
  1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.
  2. Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.
  3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.
  4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
  5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.
Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

Salah Satu Sebab Utama Insurans Konvensional Menjadi HARAM Adalah RIBA
Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge' tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus
Fiqh di Universiti-universiti bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

a) Pembahagian kepada Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)
b) Riba & pembahagiannya
c) Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, Insuran konvensional ini adalah haram kerana terdapat Unsur Riba yang jelas di dalamnya.
Huraian :- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana enam (6) item yg telah disebutkan Nabi di dalam hadithnya.

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua
item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM dari pencarum dengan wang RM dari syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:
a. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)
b. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan (yadan diyadin)

Syarat ini bersumber dari hadith :

" Jangan kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

" Jangan kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah
ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.. (Muslim)

Maka setiap perbezaan nilai (dalam item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DALAM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.

Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji ( ulama besar di Univeristi Al-Qaherah - telah meninggal dunia) menjelaskan bahawa kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak Justeru
Insuran mempunyai kedua-dua jenis Riba.

Walaupun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan
hanya untuk merasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap Riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa banyak kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi bagi meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insuran bernilai jutaan RM dan lain-lain.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam
syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.

Sebagai Kesimpulan Ringkas Huraian Bagaimana Insurans Konvensional Menjadi
HARAM adalah :
Jawabnya, aqad adalah perkara utama yang diubah dalam hal ini. Insurans konvensional menggunakan aqad pertukaran milik harta (Aqad Mu'awadat Maliah) yang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :
1) Penjual
2) Pembeli
3) Benda yang dijual
4) Harga

Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-
Penjual : Syarikat insuran
Pembeli : Pencarum
Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.
Harga : RM xxx setahun.

Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insuran mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Baginda SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-
  1. Si pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.
  2. Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia di anggap ‘Gharar'. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.
  3. Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Pengharaman Insuran Konvensional ini telah disepakati oleh para ulama antaranya :-
  • As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
  • As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari'ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)
  • As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
  • As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
  • As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
  • As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)
  • As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
  • As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
  • As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
  • As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)
  • As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
  • Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
  • Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
  • As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa' teralim di ketika ini)
  • As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
  • Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal di Jordan kini)
  • Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal di dunia)
Perlu diingat bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insurans juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :
  • Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mereka. Keputusan mereka adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.
  • Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan: Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
  • Majma' al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.
  • Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan. Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa untuk menfatwakan
sebaliknya setelah diulas sebegitu.

PELABURAN ISLAM DENGAN DUIT INSURAN KONVENSIONAL
Adapun soalan berkenaan daan yang terkumpul oleh syarikat insuran itu di laburkan ke pelaburan Islam dan mempunyai penasihat Shariah. Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat terdahulu cara duit terkumpul itu dahulu, samda sah atau tidak dari sudut Shariah. Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam.

Analogi mudah, seorang yang mencuri duit dan kemudian melaburkannya di dalam pelaburan Islam. Tatkala itu, tiada ertinya lagi pelaburan Islamnya itu. Hanya mengurangkan sedikit dosa sahaja. Kerana jika ia melabru di tempat haram, maka dosanya akan berganda kerana 1) curi 2) Melabur tempat haram.

Sekian.

Ust Zaharuddin
www.zaharuddin.net

5 Mac 2007 / 15 Safar 1428

[1] ‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33
[2] Rujuk Al-Mu'amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423
[3] Rujuk ‘Uqud at-Takmin, hlm 111


Jumaat, 27 Jun 2008

Pembaharuan Insurans / Takaful kenderaan

Perbaharui Insurans / Takaful kenderaan anda dengan hanya
3 langkah mudah!

1. Isi borang di bawah untuk kira sebut harga dan pengisian data:

2. Anda fax-kan geran kenderaan (depan/belakang) DAN salinan notis pembaharuan/salinan covernote insurans terdahulu ATAU jika tidak boleh fax, sms ke 019-2005677 untuk saya hubungi.

3. Bayar dengan 3 kaedah berikut:
  • Transfer wang melalui maybank2u

  • Masukkan wang / lakukan deposit tunai melalui mesin ATM ke akaun Maybank: 153083170136 (Zam Uswati bin Musa)
  • Hantar wang pos atas nama saya.


















DIRI ANDA
Nama Penuh:

No I/C Baru:
Pekerjaan:

No H/P:
Email:
Alamat Surat-menyurat:
Catatan:
KENDERAAN ANDA
No Pendaftaran(PLAT):

Tahun dibuat:
Buatan/Model:

Kapasiti enjin(cc):
Harga semasa:

NCD terkini:
Tarikh tamat perlindungan terdahulu:

Rabu, 25 Jun 2008

Berita Gembira untuk Kaum Wanita

Anda bimbang..

Tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai seorang isteri?
Kemungkinan diabai/ditinggalkan oleh suami?
Ditimpa kemalangan dan berlaku kecacatan/kerosakan fizikal?
Mendapat/dijangkiti penyakit kronik atau berbahaya?
Mendapat risiko komplikasi kehamilan?
Mendapat risiko bayi berpenyakit/cacat?
Tidak dapat bekerja & menyara keluarga?
Tiada simpanan hari tua?

Saya bersama Takaful Ikhlas menghargai dan mahu membantu kaum wanita menghadapi dunia hari ini yang penuh cabaran dan dugaan. Adalah penting akak/adik/makcik/auntie sekalian merancang masa depan dari segi kewangan dan keselamatan supaya hidup lebih tenang dan sejahtera, bukan sahaja untuk diri sendiri malah fikirkan tentang anak-anak atau generasi pewaris kita.

Cik/Puan sekalian,

Saya perkenalkan IKHLAS Wanita Takaful yang direka khas buat wanita berumur di antara:
16-50 tahun

dengan 4 pelan berbeza untuk 4 keperluan/situasi berbeza dengan had sepanjang hayat:

Pelan A:
RM 50,000 + Faedah kehamilan

Pelan B:
RM100,000 + Faedah kehamilan

Pelan C:
RM50,000 (tanpa faedah kehamilan)

Pelan D: RM100,000 (tanpa faedah kehamilan)

(Faedah kehamilan = faedah komplikasi kehamilan & penyakit kongenital bayi)

LIHATLAH APA YANG CIK/PUAN AKAN DAPAT..

Pakej perlindungan komprehensif untuk komplikasi yang pelbagai:
  • Kanser Khusus buah dada
  • serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva.
Penyakit lain:
  • SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis
  • Artritis Reumatoid (dengan komplikasi)
  • Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan)
  • Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit)
  • Karsinoma-in-situ Wanita
  • Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan)

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD):

  • Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat
  • * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta. (*Semua faedah lain akan terhenti)
Faedah Hayat:
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan (Pelan A & B shj):
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.

+++ beberapa lagi manfaat umum

Syarat tempoh perlindungan:
15 - 49 tahun

Umur Tamat Tempoh:
65 tahun (hari jadi berikutnya)


Hubungi saya

Isnin, 16 Jun 2008

20 Kelebihan Takaful Ikhlas

  1. Model “Wakalah”(wakil) dengan kontrak “Tabarruq”(derma) yang diterima pakai serta diiktiraf ulama di peringkat antarabangsa.
  2. Dinasihati 3 lembaga syariah dan menepati hukum syarak.
  3. Nisbah pembahagian keuntungan dan pecahan tabungan secara fleksibel.
  4. Perlindungan sehingga 40 penyakit kritikal.
  5. Keuntungan dikira bulanan dan dividen tahunan sekurang-kurangnya 6%(fleksibel).
  6. Pengeluaran maksima 3 kali dari 30% - 50% jumlah simpanan tanpa perlu meminjam atau membayar semula.
  7. Manfaat selepas kematian segera (seawal 24 jam) dan selewat-lewatnya seminggu.
  8. Elaun harian hospital diberi dalam tempoh 6 jam sahaja.
  9. Pendapatan bulanan keluarga jika berlaku kematian / hilang upaya kekal.
  10. Anugerah kecemerlangan bagi pelan pendidikan (RM100 setiap satu “A”).
  11. Manfaat pembayar iaitu pengecualian sumbangan jika pembayar mati / hilang upaya kekal.
  12. Bayaran sekaligus(lumpsum) dari semua tabung iaitu simpanan peribadi+untung labur+sebahagian tabung simpanan risiko peribadi+untung labur+lebihan tabung khairat jika mati / hilang upaya kekal atau apabila sijil matang.
  13. Sejak tahun pertama sudah ada nilai tunai.
  14. Takrifan hilang upaya kekal / hilang anggota lebih khusus dan kecil.
  15. Pemeriksaan perubatan percuma bagi pelan Gaya Hidup setiap 5 tahun dan manfaat asas ditambah 10% jika sihat.
  16. Pelepasan bayaran sumbangan jika terkena salah satu daripada 40 penyakit kritikal.
  17. Pelepasan cukai pendapatan.
  18. Zakat dilunaskan.
  19. Tempoh lewat bayar sumbangan dilonggarkan kepada 30 hari.
  20. Dapat bersedekah di samping membantu sesama Muslim

Soal Jawab Kekeliruan Hukum Antara Takaful & Insurans Konvensional

Soalan:
Saya masih kurang mengerti dengan apa yang diharamkan dalam mengambil insurans konvensional. Jika hasil dari caruman saya, dilaburkan oleh syarikat insurans dengan cara yang halal (dilaburkan di kuanter saham halal), adakah ia masih dianggap haram?

Dengan memiliki insurans, ini bermakna saya telah menyediakan sejumlah wang yang akan ditinggalkan kepada keluarga saya, apabila saya mati nanti. Dengan harapan keluarga saya tidak akan hidup melarat sesudah ketiadaan saya. Apakah atas sebab yang sebegini, mengambil insurans masih lagi dianggap haram?

Andai tidak berlaku apa-apa ke atas diri saya(saya tidak mati), saya akan memiliki sejumlah wang simpanan hasil dari caruman saya melalui skim insurans tersebut. Saya juga bercadang untuk menggunakannya untuk mengerjakan haji jika ketika itu saya masih belum mengerjakan haji.

Saya tidak nampak yang mengambil insurans ini sebagai haram. Saya telah bertanya dengan pelbagai orang, dan ada yang diantaranya bergelar ustaz, menyatakan bahawa jika pelaburannya adalah halal, tiada sebab ia menjadi haram. Maka saya menjadi yakin dengan apa yang saya lakukan.

Namun apabila didatangi agen dari Takaful, dengan menyatakan bahawa insurans secara konvensional adalah haram, saya menjadi terkeliru, dan saya beranggapan, beliau hanya ingin mempengaruhi saya membeli produk insurans dari Takaful.

Dengan ilmu yang amat sedikit ini, saya memohon penjelasan yang sejelas-jelasnya dari pihak yang berkaitan...

Jawapan:
Majlis Fatwa 1972 telah mengharamkan insurans kerana ia mengandungi 3 unsur iaitu gharar, maisir dan riba.

Menurut fatwa Mufti Johor, Almarhum Datuk Syed Alwi bin Tohir Al Hadad di dalam Kumpulan Fatwa Mufti Kerajaan Johor, jilid pertama halaman 253-254 bahawa hukum memberi atau menyimpan sebagai caruman ke dalam insurans nyawa adalah sama dengan riba bank, yakni haram hukumnya.

Menurut fatwa Mufti Kerajaan Terengganu, Almarhum Syed Yusuf bin Ali Az Zawawi di dalam Kumpulan Fatwa Mufti Kerajaan Terengganu, halaman 114 bahawa insurans nyawa adalah salah satu daripada perkara bid'ah dan ia tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Pada halaman 79, fatwa yang sama, Mufti Terengganu ini menegaskan bahawa beliau belum lagi berjumpa mana-mana ulama termasuk ulama mutaakhirin yang mengatakan insurans nyawa itu boleh diamalkan.

Mufti Brunei Darussalam di dalam bukunya Pandangan Islam jilid ke-4, halaman 54 dan di dalam kumpulan fatwanya bilangan 28, halaman 47, menghukumkan insurans nyawa adalah haram.

Perbahasan Hukum Insurans Nyawa (Life Assurance)
Islam tidak menolak konsep insurans. Secara am insuran ditakrifkan sebagai satu pakatan oleh sekumpulan ahli untuk mewujudkan satu tabung atau dana kewangan bersama yang khusus bagi tujuan membantu ahli ketika ditimpa musibah. Amalan seumpama ini selaras dengan tuntutan Islam. Kerjasama, saling bantu membantu dan prihatin kepada golongan yang memerlukan bantuan kerana seperti yang tersirat dalam konsep insuran adalah selari dengan tuntutan Islam, sebagaimana maksud hadis yang berbunyi:

"Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia" (Riwayat Ibnu Majah).

Konsep insuran sudah lama dipraktikkan. Dalam zaman Jahiliyyah ia adalah antara beberapa bentuk amalan kerjasama dikalangan puak atau suku kaum Arab sebagai strategi mambantu sesama mereka apabila ada anggota atau ahli yang menanggung kesusahan, seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Malahan kini diperakui bahawa insuran telah berkembang daripada amalan Islam. Walaubagaimanapun ulama umumnya sepakat bahawa operasi insuran dalam bentuknya sekarang tidak menepati hukum syarak. Jika konsep insuran diterima Islam, mengapa pula operasi seperti yang ada dalam pelbagai jenis polisi yang disediakan oleh syarikat insuran sekarang didiapati bercanggah dengan kehendak syarak.

Misalnya, Jawatankuasa Fatwa , Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan, dalam mesyuarat pada 15 Jun 1972, memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana dijalankan oelh syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip Islam dari segi aqadnya, kerana mengandungi unsur yang tidak Islamik; yang mana hukumnya menurut Islam adalah HARAM. Selain itu, Akademi Feqah Islam (Majmak Fiqh) yang mana anggotanya terdiri daripada ulama' dari seluruh dunia Islam termasuk Malaysia dan diasaskan dibawah Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dalam mesyuaratnya di Jeddah pada 22-28 Disember 1995 memutuskan selepas mengkaji semua jenis dan bentuk insurans, bahawa kontrak perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans mengandungi unsur yang membawa kepada fasid.

Yang demikian, menurut Majmak Fiqh, ia HARAM disisi syarak. Daripada kedua-dua keputusan, ini jelas menunjukkan ulama' sependapat bahawa kedua-dua jenis perniagaan insurans nyawa dan am adalah tidak menepati landasan syariah. Mengapa pula ulama' memutuskan perniagaan insurans yang disediakan oleh syarikat insurans sekarang tidak menepati hukum syarak ialah kerana polisi insurans adalah kontrak atau akad jual beli, Di bawah urusan transaksinya, pembeli yang dipanggil pemegang polisi dikehendaki membayar wang premium sebagai harga kepada syarikat insurans yang menjual polisi insurans yang menyediakan faedah perlindungan sama ada untuk diri (nyawa) atau harta benda pemegang polisi itu sendiri. Jual beli dalam Islam mempunyai rukun tertentu. Sekiranya salah satu rukun itu tidak dipenuhi, maka akad jual beli dikira tidak sempurna dan boleh membatalkan akad tersebut.

Dalam kontrak jual beli insurans, salah satu rukun yang tidak sempurna ialah yang berkaitan dengan ma'qudalaih (apa yang diakadkan). Perkara atau apa yang diakadkan, yang dibeli atau dijual, mestilah jelas dan tidak mengadungi unsur 'gharar'. Jika rukun ini tidak dipenuhi, maka akad jual menjadi cacat. Gharar dilarang oleh Rasulullah SAW mengikut sabda baginda yang bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang jual beli secara baling batu dan jual beli gharar" (Riwayat Muslim).

Sehubungan itu, ulama' menjelaskan gharar dalam salah satu daripada daripada tiga sebab berikut :
  1. Tiada barang yang dijual beli (akad jual beli tanpa barang).
  2. Ada barang tetapi tidak boleh diserah kepada pembeli, dan
  3. Ada barang dan ia boleh diserahkan kepada pembeli tetapi ia tidak dapat ditentukan atau tidak jelas sama ada sifatnya, caranya, banyaknya atau lain-lain.

Dalam konteks ini, ulama' berpendapat perkara ke-3 di atas menunjukkan ada unsur gharar dalam konteks jual beli insurans. Dalam setiap urusan, Islam sentiasa menekankan kepada prinsip keadilan dan kebaikan. Unsur gharar menafikan kedua-dua prinsip ini. Mana-mana kontrak jual beli yang mengandugi amalan atau mengenakan syarat berat sebelah dan kesannya boleh membawa kerugian kepada sebelah pihak sahaja adalh jual beli gharar. Misalnya, syarat yang menetapkan luputnya wang pembeli atau pengembalian wang tidak mengikut kiraan yang adil, sekiranya pembeli terbabit tidak memenuhi kewajipan, tempoh atau tanggungjawab tertentu seperti membatalkan atau memecahkan akad sebelum genap tempoh yang dipersetujui. Urusan jual beli seperti ini, tidak mengambil kira langsung kepentingan keadilan dan kebaikan kepada akid atau pihak-pihak yang berakad, lebih-lebih lagi pembeli yang menyubangkan wang.

Operasi Takaful
Berbeza dengan insurans, operasi takaful sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasas kepada akad jual beli. Dalam hubungan ini, peserta takaful tidak membeli produk takaful daripada syarikat takaful dan sebaliknya syarikat takaful tidak menjual produk itu seperti syarikat-syarikat insurans menjual polisi insurans. Apa pun konsep takaful, seperti insurans, tetap mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau ringkasnya saling jamin menjamin
diantara mereka.

Umumnya, struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan insurans. Disatu pihak ada peserta yang melanggani produk takaful daripada pihak yang menyediakan produk itu, iaitu syarikat takaful. Kedua-dua pihak ini akan memeteraikan akad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat untung sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditinpa musibah, maka opersi takaful lebih berbentuk satu usaha pelaburan.

Yang demikian wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat. Sedang dibawah jual beli insurans, wang premium menjadi hak syarikat insurans sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Sesuai dengan struktur operasinya, ulama' memutuskan bahawa akad takaful HARUS berasaskan prinsip al-Mudharabah atau berkongsi untung dalam perniagaan. Peserta akan berhak mendapat untung daripada bahagian tabungan atas pulangan pelaburan yang dijalankan oleh syarikat takaful. Diwaktu yang sama, peserta juga bersetuju menyumbang sebagai tabarru' (derma) sebahagian daripada sumbangannya dan untung pelaburan keatasnya bagi tujuan membantu rakan peserta yang ditimpa kesusahan.

wallahu a'alam
dipetik dari ahkam.

Ahad, 15 Jun 2008

Niat

Terkenang sebuah hadis Nabi junjungan Rasulullah SAW pernah bersabda:

إنما الآعمال بالنيات .... إلى آخره

Bahawa sesungguhnya setiap amal itu bergantung dengan niat...

Maka, jelas bahawa keikhlasan itu menentukan gerak kerja dan bagaimana hasil yang diperoleh dan sebaik-baik niat hanyalah dengan berpaksikan Tauhid yang bersandar kepada hubungan seseorang hamba dengan Tuhan yakni "Tuannya" melalui penyerahan mutlak serta ketundukan iman itu sendiri.

Sebenarnya, tidak akan terasa layak atau teringin bagi seorang hamba meminta sesuatu sebagai balasan kesan dari suatu perhambaan, pengabdian yang suci. BagiNyalah segala penciptaan dan urusan.

Saudara saudari, menjadi tanggungjawab saya memberitahu khabar gembira, menarik dari kemungkaran dengan sedikit ilmu dan kemampuan yang ada. Syukurlah, dengan pemberian ini saya dapat berda'wah melalui wadah Takaful, semoga yang hak akan mengatasi yang batil. Semuanya terserah pada saudara/ri untuk menilai dan membuat keputusan, apa yang penting saya tunaikan amanah iaitu mempromosi kebaikan dan meningkatkan ekonomi Islam umumnya.

Ketahuilah, dengan menyumbang dan berlindung melalui Takaful Ikhlas, saudara/ri sebenarnya membantu diri sendiri, termasuk orang lain(bersedeqah), malah lebih penting lagi menyediakan bekalan serta mempermudah jalan sendiri untuk ke syurga : )

Percayalah...
"Allah Maha 'Adil"

Jumaat, 13 Jun 2008

Video


Video Korporat TAKAFUL IKHLAS


Mufti Perak: Insurans Konvensional adalah HARAM


Berita Astro 17 June 2007: Bencana & Perlindungan Takaful


Warta Negeri RTM1: Perasmian Pejabat TISB Wilayah Sarawak


Berita Astro: Bancatakaful


TAKAFUL IKHLAS MEDIC ASSIST (Maaf, belum ada link)

Berita RTM1: Temuramah Minggu Saham Amanah Malaysia


Buletin Utama TV3: AmIslamic & Takaful Ikhlas Sdn Bhd


Info Bisnes RTM1 - 27-03-2007: TISB & FWUAG


Berita Astro VAANAVIL (Tamil)- 17 June 2007: Takaful & Mangsa Banjir




- Harap maaf dan bersabar, ruang ini masih lagi dalam proses pembinaan -

Khamis, 12 Jun 2008

Takaful Ikhlas Ties Up with Local Bank

Source: MiddleEast Insurance Review

May, 2008 - Takaful Ikhlas will provide covers for commercial business and corporate financing given by Bank Muamalat Malaysia under a new MoU. It is also confident of collecting more than RM 10 million (US$3 million)in premiums from the partnership, said Hj Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, President and CEO of Takaful Ikhlas.

In his speech at the signing, Hj Syed Moheeb said the schemes provided by Takaful Ikhlas will be comprehensive and in line with the image of the Bank Muamalat, and they would include the Takaful certificate, notice of renewal as well as claims fulfillment. Among the schemes to be offered through the bank are a comprehensive perils plan, a marine takaful plan, workers` compensation and contractors` risks.

Hj Syed Moheeb added that Takaful Ikhlas will also provide training to staff of Bank Muamalat involved in the various products to ensure the smooth operation of the partnership.

The move will not only strengthen the working relationship, but also increase their knowledge of risk management, he said.

Takaful IKHLAS & CAPTOR Offer IKHLAS Vehicle Protection Program

Source: Takaful Ikhlas Malaysia

Lumut, Perak, 15 March 2008
– Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) tied-up with CAPTOR Retail Sdn. Bhd. (CAPTOR), a car security system company, today through its IKHLAS Vehicle Protection Program in providing better services and further security protection to its participants’ (policyholders) vehicles.

The Chief Excecutive Officer and President of Takaful IKHLAS, Hj Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman said, “the collaboration between Takaful IKHLAS and CAPTOR is launched at the right time where car theft cases in Malaysia is rising. Takaful IKHLAS has always placed priority on the needs and safety of its participants. We want our participants to get the best offers and value-added services from us.”

Syed Moheeb also mentioned in his launch speech, “Motorists today feel unsafe leaving their cars parked even at home. Many fear being robbed. To ensure better protection of our participants’ vehicles, Takaful IKHLAS has packaged Malaysia’s mose effective vehicle security system (CAPTOR-RF), with exciting Takaful benefits.“

The IKHLAS Vehicle Protection Program is offered to the participants of IKHLAS Comprehensive Motor Takaful. Todate, Takaful IKHLAS has more than 140,000 IKHLAS Comprehensive Motor Takaful certificates in force. With the rising number of stolen vehicles (up to 33 cars daily), Takaful IKHLAS participants seeking to improve their vehicle protection should join the program under the protection of a CAPTOR Vehicle Security System.

Syed Moheeb added, “CAPTOR-RF provides the best services in term of tracking system by having its own communication network using radio frequencies to coordinate tracking, recovery activities and communication through its Command Center. Both the ground and the air crew are positioned in strategic locations around Peninsular Malaysia, with all recovery personnel equipped with powerful and effective mobile tracking equipment.”

According to Syed Moheeb, by subscribing to the IKHLAS Vehicle Protection Program at RM1,998, participants are entitiled to get exclusive freebies such as FREE IKHLAS Personal Accident Takaful worth RM50,000 including funeral expense worth RM1,000. In addition, participants will also get FREE replacement of CAPTOR-RF system if the stolen car is not recovered.

Takaful IKHLAS began its operation in July 2003. The Company’s parent company, MNRB Holdings Behad (MNRB), was incorporated in 1972, and commenced operations on 19 February 1973. MNRB is listed on the Main Board of the Bursa Malaysia Securities Berhad and counts Permodalan Nasional Berhad as its major shareholder through Skim Amanah Saham Bumiputera.

Merely 5 years into operations, Takaful IKHLAS has established an extensive agency network. It is now present in all the major centres as well as a number of smaller towns throughout Malaysia.

These include Kuala Lumpur, Kota Bharu, Sungai Petani, Johor Bharu, Kuching and Kota Kinabalu. Takaful IKHLAS will expand its wings to Melaka, Kuantan, Putrajaya and Ipoh in the near future.

Strong Results Of Takaful Ikhlas, Malaysian Re Give MNRB Record Group Profit

KUALA LUMPUR, May 29 (Bernama) - MNRB Holdings Bhd on Tuesday announced its highest profit of RM129.5 million, up by 12 percent from RM115.2 million in the preceding year.The investment holding company said in a statement that its revenue grew by 11 percent to RM835.6 million from RM751.4 million previously. MNRB director Anuar Mohd Hassan said the positive performance arose from continued strong operational results of its subsidiaries, Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) and Takaful Ikhlas Sdn Bhd.

Malaysian Re’s gross premium increased 9.5 percent to RM692.5 million from RM632.3 million previously while the gross contribution of Takaful Ikhlas rose to RM223.9 million from RM146.7 million.

“The financial results are immensely satisfying and provide a positive reflection on the significant efforts put in by the board of directors and management into MNRB operations since the completion of its restructuring in 2005,” said Anuar, who is also president and chief executive officer of Malaysian Re.

He said moving ahead, Malaysian Re aimed to further increase its international business portfolio from the current 13 percent to 20 percent.

As part of this effort, the group recently set up a Dubai subsidiary, Malaysian Re (Dubai) Ltd, to focus on developing its business in the Middle East and North Africa.Anuar said Takaful Ikhlas recorded a profit of RM1.5 million in its fourth year of operation.“It was a remarkable and outstanding achievement. Moving forward, MNRB expects the growth of Takaful Ikhlas to remain strong,” he said.

“Despite intense competition, we are confident of achieving more than 40 percent increase in the gross contribution of Takaful ikhlas to at least RM320 million in the current financial year ending March 31, 2008,” he added.Another MNRB subsidiary, MNRB Retakaful Bhd, has obtained approval from Bank Negara Malaysia to set up the first retakaful company in Malaysia.Anuar said the company planned to begin business in July this year.At a meeting yesterday, the MNRB board agreed to recommend to shareholders the payment of 26 percent less tax of 27 percent final dividend, thus making a total of 46 percent dividend declared for the financial year ended March 31, 2007.– BERNAMA

Takaful Ikhlas Confident Of Collecting More Than RM4 Mln In Premiums At Investors Week

MELAKA, April 27 (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd is confident of collecting more than RM4 million in premium at this year's Investors Week 2008 - an increase from the RM3.4 million made during last year's event.

Its president and chief executive officer Syed Moheeb Syed Kamarulzaman said the company was confident of achieving this year's target considering the overwhelming support for its products at the Investors Week which will end here on Monday.

Among the products enjoying good response at the event is the IKHLAS Warga Tua Takaful, a product for senior citizens, Syed Moheeb told reporters after the handing over the company's contribution to 15 voluntary patrol schemes (SRS) and prizes to winners of a colouring contest held for children here, Saturday.

The senior citizen product, launched in 2004, is opened to those aged from 50 to 80-years old with a monthly contribution of RM50.

Education related products also enjoyed good take up from visitors at the Invest Week organised by Permodalan Nasional Bhd (PNB) at the Melaka International Trade Centre, Syed Moheeb said.

On the contribution to the 15 voluntary patrol schemes, which was in the form of uniform/gear, he said the move was a show of support from the company to the volunteers who are helping to keep their communities safe.

He said Takaful Ikhlas has also offered a group accident plan to the committee members of Rukun Tetangga (AJK RT) and participants of the SRS throughout Malaysia through the National Unity and Integration Department (JPNIN).

Under the scheme, Takaful Ikhlas is offering coverage for personal accident and death to more than 93,775 AJK RT members and 11,605 SRS participants registered with JPNIN nationwide.

"Through the scheme, the participants are covered 24-hours a day both in the country and overseas," he said.

Takaful Ikhlas, a wholly owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd, started its operations in July 2003.

Takaful Ikhlas Targets RM500mil Premium

Tuesday May 13, 2008

KOTA KINABALU: Takaful Ikhlas Sdn Bhd, a subsidiary of MNRB Holdings Bhd, is targeting RM500mil in premiums for the 2008/2009 financial year.

Chairman Sharkawi Alis said the target was achievable based on the company's performance over the past five years.

For the year ended March 31, Takaful Ikhlas collected RM428mil in premiums, exceeding its target by RM108mil.

“Our earlier target at the start of the current financial year was only RM320mil,” he said at the opening of its Sabah office at Kompleks Asia City recently.

Takaful Ikhlas now has about 600,000 customers and 4,500 agents. It planned to raise the number of agents to 6,000 by year-end, Sharkawi said.

He said the company currently had 77 products under the general and family categories, and was capable of developing alternative products to compete with conventional insurance companies.

Takaful Ikhlas president and executive director Syed Moheed Syed Kamarulzaman said prospects for the company to expand in Sabah were bright.

He said generally, the takaful industry was now expanding three times faster than the conventional insurance industry. – Bernama

Konsep & Sistem

PENGERTIAN
Berasal daripada perkataan Bahasa Arab "Kafala" bermaksud "menjamin"

Diterbitkan daripada wazan Kata Kerja Mazid > Kaafala - Yukaafilu < style="font-weight: bold; color: rgb(51, 153, 153);">

>Takaafulun< bermakna (Proses Kerja) saling jamin-menjamin.

Melibatkan sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin dan menderma sesama mereka terhadap kerugian/keilatan tertentu dalam satu tempoh yang dipersetujui.

Dengan kata mudah, Takaful ialah insurans yang berlandaskan prinsip Syariah.

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama:

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab:
  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
  • Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi:

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful:
  • Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).
  • Dalam kontrak Tabarru', para peserta bersetuju menderma atau menyumbang kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian dari segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.
  • Melalui kontrak Mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada suatu dana yang diuruskan oleh sesebuah syarikat/pengendali Takaful dan berkongsi keuntungan daripada pelaburan tersebut.
Manfaat Takaful
Sistem Takaful memberi penekana terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Hasilnya, ia memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah.

Kedua, “manfaat” dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

MODEL TAKAFUL IKHLAS
Islam tidak melarang kontrak insurans secara mutlak. Namun begitu, disebabkan kontrak insurans konvensional melibatkan unsur Gharar (tidak jelas), Maisir (perjudian) dan Riba (faedah), menyebabkan ianya bertentangan dengan hukum Syariah. Inilah sebabnya, sistem Takaful telah dikenalpasti berupaya membendung amalan-amalan yang ditegah oleh Syariah dan ternyata mampu menjaga kebajikan masyarakat keseluruhannya. Ini bagi membolehkan seseorang Muslim mendapat perlindungan alternatif daripada risiko kerugian disebabkan kesusahan yang menimpanya.

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih sistem Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
  • Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana untuk membantu peserta lain.
  • Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau.
Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika ada dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.


Klik pada rajah di atas untuk melihat dengan lebih jelas

Kami bertekad untuk menyediakan perlindungan Takaful keluarga dan am secara komprehensif. Kami memberikan penekanan utama terhadap inovasi produk yang menawarkan ciri-ciri kelainan bagi memastikan penerimaan pasaran.

Produk perlindungan keluarga kami memberi tumpuan terhadap simpanan atau pelan berkaitan pelaburan serta pelan perlindungan gadai janji. Perlindungan am pula menawarkan pelan-pelan berinovatif untuk melindungi harta seperti kenderaan, bangunan dan aset-aset lain. Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan dan keinginan para pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelan-pelan ini diunderait bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelanggan, dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah golongan berpendapatan rendah meliputi pasaran luar bandar, sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

Dalam pada itu, perkhidmatan kami disokong oleh teknologi canggih yang direka bagi memastikan maklumat yang tepat dan menepati masa. Ini akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme kami semasa berurusan dengan para pelanggan, di samping memberi nilai tambahan dalam perkhidmatan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Antara perkhidmatan sokongan yang dimanfaatkan oleh Takaful IKHLAS adalah:

“Point of Sales” System
Sistem ini memberikan hubungan terus kepada sebutharga dan ilustrasi jualan, yang boleh ditukarkan menjadi polisi. Ia juga menyediakan Analisis Keperluan Kewangan, pengunderaitan dan kelulusan secara “online”.

Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
Sistem secara elektronik ini berupaya menghantar maklumat mengenai anggaran tuntutan di antara Takaful IKHLAS, pembaikpulih kenderaan dan penyelaras tuntutan luaran. Semua tuntutan pampasan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.

BANTUAN IKHLAS, 24 Jam Bantuan Kerosakan Di Jalanraya
Perkhidmatan ini menawarkan bantuan 24 jam, 365 hari setahun kepada para peserta sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan. Sekiranya diminta, pusat panggilan akan menghantar kemudahan menunda, bagi membolehkan kenderaan anda dihantar ke panel bengkel kenderaan yang berhampiran.

e-Nota Lindungan
Perkhidmatan ini dihubungkan secara elektronik kepada Sistem Insurans JPJ. Ia memudahkan urusan memperbaharui dan mengeluarkan nota lindungan insurans dan cakera cukai jalan dengan menyediakan pusat perkhidmatan setempat. Ini merupakan sebahagian daripada hasrat kami dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada para peserta kami.

e-IKHLAS
Sebagai salah satu usaha berterusan Syarikat untuk memperkenalkan saluran transaksi yang inovatif, Takaful IKHLAS telah melancarkan e-IKHLAS. Saluran transaksi ini membolehkan para pelanggan mendapatkan polisi kenderaan bermotor mereka, samada polisi baru atau pembaharuan, secara terus melalui internet dari Takaful IKHLAS .

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP