Selasa, 10 Jun 2008

Produk Saya

"Tinggalkan isteri dan anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta." (Hadis Riwayat Bukhari)


TAKAFUL AM


IKHLAS MOTOR
TAKAFUL menawarkan dua jenis perlindungan motor yang dikenali sebagai Ikhlas Comprehensive Motor dan Ikhlas Third Party Takaful.


PERLINDUNGAN
1. Ikhlas Comprehensive Motor
Memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

2. Ikhlas Third Party Motor
Ia melindungi amaun yang sepatutnya ditanggung oleh anda atau pemandu yang dibenarkan oleh anda terhadap kematian, kecederaan, kerosakan harta pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.

FAEDAH TAMBAHAN

Peserta boleh memilih sumbangan tambahan berikut:-

  • Liabiliti Penumpang
  • Kerosakan Cermin Pecah
  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
  • Banjir dan Ribut
  • Sistem Radio Kaset
Mengapa pilih IKHLAS Motor?

Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam
BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel woksyop kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).

Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi terkini Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang membolehkan kelulusan tuntutan pembaikan kenderaan yang pantas, dalam tempoh 24 jam.

E-Covernote
Membolehkan peserta mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera. Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cukai jalan.

******************
Perbaharui Insurans / Takaful kenderaan anda dengan hanya
3 langkah mudah!

1. Isi borang di bawah untuk kira sebut harga dan pengisian data:

2. Anda fax-kan geran kenderaan (depan/belakang) DAN salinan notis pembaharuan/salinan covernote insurans terdahulu ATAU jika tidak boleh fax, sms ke 019-2005677 untuk saya hubungi.

3. Bayar dengan 3 kaedah berikut:
  • Transfer wang melalui maybank2u

  • Masukkan wang / lakukan deposit tunai melalui mesin ATM ke akaun Maybank: 153083170136 (Zam Uswati bin Musa)
  • Hantar wang pos atas nama saya.


















DIRI ANDA
Nama Penuh:

No I/C Baru:
Pekerjaan:

No H/P:
Email:
Alamat Surat-menyurat:
Catatan:
KENDERAAN ANDA
No Pendaftaran(PLAT):

Tahun dibuat:
Buatan/Model:

Kapasiti enjin(cc):
Harga semasa:

NCD terkini:
Tarikh tamat perlindungan terdahulu:

*Maaf, saya tidak menyediakan perkhidmatan Takaful Non-Motor dan Takaful Berkelompok*

=========================================================

TAKAFUL KELUARGA

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL (IST)
Pelan perlindungan berbentuk simpanan dan pelaburan yang menyatakan keuntungan yang akan diagihkan kepada peserta.
Ia direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan daripada pelaburan kepada peserta.

Contoh Pelan Menyimpan Ikhlas (RM100/bulan)

Contoh Pelan Menyimpan Ikhlas (RM120/bulan)

Manfaat asas bagi pelan ini adalah:

MANFAAT KEMATIAN / HILANG UPAYA KEKAL & MENYELURUH
Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.

Nota: Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.

MANFAAT MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni.

JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.

---------------------------------------------------------------------------------

IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC (IETC)

"Menabunglah demi masa depan anak anda"

Pelan berbentuk tabung pembiayaan pendidikan untuk anak-anak/jagaan di samping perlindungan jika berlaku kematian atau kehilangan upaya.

MANFAAT KEMATIAN / HILANG UPAYA KEKAL & MENYELURUH
Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak/jagaan anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan termasuk jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar sekaligus kepada anda. Sekiranya ia berlaku sebelum anak/jagaan anda berumur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya, jumlah perlindungan akan dibayar seperti berikut:

Lien Juvenil

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG

(RM100 bagi setiap A)
UPSR - minimum 5A = RM500
PMR - minimum 7A
SPM - minimum 7A

Manfaat hanya akan dibayar sekiranya sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh tiga (3) tahun pada tarikh peperiksaan.

MANFAAT MATANG
Sebaik sijil matang, anak/jagaan anda akan menerima pembayaran sekaligus dari jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

Syarat umur: 30 hari - 12 tahun sahaja (hari jadi berikutnya)

Umur Tamat Tempoh:
18 - 23 tahun

Tempoh perlindungan: 6 - 22 tahun

Had perlindungan: Minimum - RM 10,000
Maksimum - RM150,000

---------------------------------------------------------------------------------

IKHLAS LIFESTYLE TAKAFUL (ILT)
Pelan perlindungan perseorangan bagi kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh sebelum tempoh matang sijil yang menyertakan keuntungan untuk diagihkan semula kepada para peserta. Ia direka khusus untuk memberi jaminan perlindungan di kala anda dan orang tersayang menghadapi saat-saat ketidaktentuan dan kegetiran dalam hidup.

Contoh Pelan Gaya Hidup Ikhlas (RM150/bulan)


MANFAAT KEMATIAN / HILANG UPAYA KEKAL & MENYELURUH

Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh kepada peserta (mana-mana yang terdahulu) di dalam tempoh sijil, jumlah perlindungan (SC) berserta jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) akan dibayar sekaligus kepada waris atau keluarga terdekat peserta. Manfaat perbelanjaan pengkebumian akan dibayar kepada waris peserta sebanyak 10% dari jumlah perlindungan, tertakluk kepada jumlah maksimum RM10,000.

Nota: Manfaat sijil akan dibayar kepada peserta jika berlaku kehilangan upaya kekal dan menyeluruh (TPD).

MANFAAT MATANG
Merupakan jumlah sumbangan terkumpul (bersih daripada sebarang caj) di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

Syarat umur: 18 - 55 tahun (hari jadi berikutnya)

Umur Tamat Tempoh:
60 tahun

Tempoh perlindungan: 5 - 42 tahun

Had perlindungan:
Minimum - RM 50,000
Maksimum - Tertakluk kpd pengunderaitan (dlm gandaan RM10,000)

---------------------------------------------------------------------------------

IKHLAS WANITA TAKAFUL (IWT)

Anda bimbang..

Tidak mendapat hak yang sepatutnya sebagai seorang isteri?
Kemungkinan diabai/ditinggalkan oleh suami?
Ditimpa kemalangan dan berlaku kecacatan/kerosakan fizikal?
Mendapat/dijangkiti penyakit kronik atau berbahaya?
Mendapat risiko komplikasi kehamilan?
Mendapat risiko bayi berpenyakit/cacat?
Tidak dapat bekerja & menyara keluarga?
Tiada simpanan hari tua?

Saya bersama Takaful Ikhlas menghargai dan mahu membantu kaum wanita menghadapi dunia hari ini yang penuh cabaran dan dugaan. Adalah penting akak/adik/makcik/auntie sekalian merancang masa depan dari segi kewangan dan keselamatan supaya hidup lebih tenang dan sejahtera, bukan sahaja untuk diri sendiri malah fikirkan tentang anak-anak atau generasi pewaris kita.

Cik/Puan sekalian,

Saya perkenalkan IKHLAS Wanita Takaful yang direka khas buat wanita berumur di antara:
16-50 tahun

dengan 4 pelan berbeza untuk 4 keperluan/situasi berbeza dengan had sepanjang hayat:

Pelan A:
RM 50,000 + Faedah kehamilan

Pelan B:
RM100,000 + Faedah kehamilan

Pelan C:
RM50,000 (tanpa faedah kehamilan)

Pelan D: RM100,000 (tanpa faedah kehamilan)

(Faedah kehamilan = faedah komplikasi kehamilan & penyakit kongenital bayi)

LIHATLAH APA YANG CIK/PUAN AKAN DAPAT..

Pakej perlindungan komprehensif untuk komplikasi yang pelbagai:
  • Kanser Khusus buah dada
  • serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva.
Penyakit lain:
  • SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis
  • Artritis Reumatoid (dengan komplikasi)
  • Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan)
  • Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit)
  • Karsinoma-in-situ Wanita
  • Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan)

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD):

  • Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat
  • * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta. (*Semua faedah lain akan terhenti)
Faedah Hayat:
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan (Pelan A & B shj):
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.

+++ beberapa lagi manfaat umum

Syarat tempoh perlindungan:
15 - 49 tahun

Umur Tamat Tempoh:
65 tahun (hari jadi berikutnya)


Mengapa pilih Takaful Keluarga IKHLAS ?

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) kali pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN (TOP UP)
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

PILIHAN RIDER TAMBAHAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas.

PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi saya untuk keterangan lanjut).








Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP