Rabu, 30 Julai 2008

Kenapa Anda Perlukan Takaful?

RISIKO-RISIKO UTAMA dalam kehidupan :

"Kemalangan"


"Kematian"


"Hilang Upaya Kekal"


"Penyakit Kritikal"



"Usia Tua"


Semua di atas diangggap risiko kerana jika salah satu daripadanya berlaku, besar kemungkinan kita belum bersedia menghadapinya dari segi survival dan sara hidup diri atau orang yang disayangi..

Justeru, adakah kita mahu tergolong di kalangan "orang-orang yang tidak bersedia" itu?

Fikirkan tentang anak-anak, isteri, ibu, ayah serta mereka yang mengharapkan sokongan dan pertolongan dari anda..Bagaimana jika anda tiada atau tiada upaya??

"Menyertai Pelan Takaful Keluarga seumpama anda MEMBERI keluarga anda sesuatu sekarang supaya keluarga anda dan anda tidak KEHILANGAN segalanya pada masa hadapan."

Khamis, 17 Julai 2008

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

sumber: www.e-fatwa.gov.my

Kategori: Ekonomi
Tajuk: Insurans

Keputusan 1:
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah HARUS

Oleh: Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan: 1 Oktober 1970
Tarikh Muzakarah: 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970

Keputusan 2:
Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah HARAM dan sebagai suatu mu'amalah yang FASAD kerana 'aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;
  1. Mengandungi Gharar (ketidak-tentuan)
  2. Mengandungi unsur Judi
  3. Mengandungi mu'amalah Riba
Oleh: Persidangan ke 16
Tarikh Keputusan: 15 Februari 1979
Tarikh Muzakarah: 15 Februari 1979 hingga 16 Februari 1979

Peranan & Fungsi Utama Takaful

  1. Perlindungan - pembantu ketika saat anda mengalami penyakit/kecacatan tertentu, musibah atau kemalangan, walaupun ketika tempoh simpanan belum matang.
  2. Simpanan - Simpanan tetap, teratur dan pengeluaran terkawal. Jaminan wang ketika saat anda terdesak, memerlukan kos rawatan/ perubatan, anak hendak sambung pengajian, menunaikan haji, pergi bercuti atau untuk hari tua anda.
  3. Pengecualian dari cukai - Meringankan beban cukai disamping konsisten membayar zakat.
  4. Pelaburan - Menggandakan simpanan dan memastikan pulangan yang menguntungkan.
  5. Wang Kecemasan - Ketika berlaku kematian, untuk tampung kenaikan kos sara hidup, bayar hutang atau kos pengajian.
  6. Gantian Pendapatan - Apabila sudah bersara atau tidak dapat bekerja kerana sakit kritikal/lumpuh/hilang upaya.
  7. Pembiayaan perniagaan - Membentuk dana serta modal di samping melangsaikan hutang.
  8. Pembentukan Harta - melalui simpanan jangka panjang dan had pengeluaran.
  9. Motivasi hidup - di saat mengalami ujian kesusahan, hilang tempat bergantung, hilang sumber pendapatan dan pembangkit semangat anak-anak untuk berjaya dalam pengajian.
KEPERLUAN KEPADA PELAN TAKAFUL

"Seseorang itu menyertai pelan Takaful bukan kerana beliau akan mati, tetapi bagi memastikan kehidupan orang yang disayangi dapat diteruskan".

"Selagi ada kasih sayang, selagi itulah insurans hayat Islam diperlukan"

Rabu, 16 Julai 2008

MNRB Retakaful Beroperasi Sebagai Syarikat Retakaful

Sumber: UM Online - Ogos 2007
KUALA LUMPUR 2 Ogos – MNRB Retakaful Bhd., (MNRB) anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. menerima lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengendalikan operasi syarikat re-Takaful pertama di negara ini.

MNRB Holdings Bhd. dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat baru yang ditubuhkan pada 27 Disember 2006 dengan modal dibenarkan RM500 juta dan modal berbayar RM100 juta itu akan diterajui oleh Ismail Mahbob sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.

“Ismail dipilih kerana memiliki pengalaman yang luas selama lebih 20 tahun dalam bidang insurans dan reinsurans di dalam dan luar negara dan akan dibantu oleh satu jawatankuasa Syariah dianggotai oleh ramai pakar dalam bidang-bidang berkaitan,” katanya.

MNRB Holdings Bhd. berkata, syarikat itu akan beroperasi berteraskan model yang menggabungkan prinsip Al-Wakalah dan Al-Mudhorabah dan disasarkan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan kepakaran profesional re-takaful di negara ini.

Takaful IKHLAS Pengendali Takaful Terbaik 2010

Sumber: Utusan Malaysia Online - Dis 2007
PETALING JAYA 16 Dis – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) yakin muncul antara syarikat pengendali takaful terbaik dalam industri takaful di negara ini menjelang tahun 2010.

Presidennya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pertumbuhan syarikat yang di luar jangkaan, walaupun baru lima tahun beroperasi. Malah, bagi tahun kewangan syarikat yang berakhir 31 Mac 2008, beliau optimis, kutipan premium kasar akan terus melonjak melebihi RM75 juta berbanding tahun lalu. “Kami jangka dapat melepasi sasaran kutipan sebanyak RM320 juta pada bulan kesepuluh beroperasi iaitu pada Januari 2008 katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini. Apabila ditanya sama ada pertumbuhan itu terlalu pantas, beliau berkata, Takaful IKHLAS telah ditubuhkan pada 2003 dengan persediaan perancangan untuk tempoh lima tahun akan datang pada ketika itu. “Kami akan memperkukuhkan lagi infrastruktur yang sedia ada untuk menghadapi cabaran daripada tujuh syarikat pengendali takaful di negara ini” tambahnya.

Pada tahun lalu, Takaful IKHLAS yang merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad (MNRB) mengutip premium berjumlah RM224 juta. Namun, kutipan premium bagi tempoh tujuh bulan tahun ini meningkat kepada RM225 juta, manakala pada bulan seterusnya, syarikat itu telah mencatat kutipan sebanyak RM265 juta. “Jumlah premium tahun ini mengatasi kutipan premium pada tahun lalu sebanyak RM41 juta, hanya selepas lapan bulan beroperasi pada tahun kewangan ini” katanya. Syed Moheeb berkata, pertumbuhan ketara itu disumbangkan oleh sokongan padu pihak bank, kematangan agensi dan skim kumpulan secara langsung menerusi broker dan ejen korporat untuk menggambarkan kredibiliti syarikat sebagai pengantara yang cekap. “Kami akan meneruskan misi syarikat dengan berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam” jelasnya.

Beliau berkata, tiga cawangan baru pejabat Takaful IKHLAS akan dibuka dalam waktu terdekat ini. Katanya, cawangan di Putrajaya akan memulakan operasi Januari ini, manakala cawangan di Kuantan dan Melaka akan dibuka selepas Tahun Baru Cina tahun depan. Pada masa ini Takaful IKHLAS beroperasi di enam cawangan iaitu Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sungai Petani.

“Mungkin tidak seperti pengendali takaful yang lain, kami tidak memerlukan pejabat cawangan yang terlalu banyak. Namun yang penting ialah membuka memilih lokasi yang strategik di negeri terbabit sebagai pejabat wilayah” katanya. Menurutnya, Takaful IKHLAS juga merasakan keperluan untuk memberi perkhidmatan sokongan di bandar-bandar kecil dapat disempurnakan melalui kecekapan perkhidmatan agensi dan penggunaan teknologi dalam operasi terutamanya sistem teknologi maklumat (IT).

Ketika mengulas mengenai perancangan 2008, Syed Moheeb berkata, syarikat akan menumpukan usaha untuk mengadakan pakatan strategik dengan lebih banyak institusi kewangan.

Takaful Ikhlas Targets 6 Million Clients For New Hospital & Surgery Cover

Sumber: Bernama - Apr 2008
MELAKA, April 20 - Takaful Ikhlas Sdn Bhd is targeting six million clients within a year for its latest scheme, IKHLAS Medic Assist Takaful (IMAT), which was launched today in conjunction with Unit Trust Week 2008 being held here.

Its president and chief executive officer, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, described IMAT as a hospitalisation and surgery coverage scheme with 30 benefit features.

It is also the cheapest among similar schemes offered by insurance and takaful firms, he contended.

"We offer five plans under the scheme but clients don't need to fret over which to choose because they all offer the same benefits," he said after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi launched the product.

Syed Moheeb said IMAT clients will have their hospital room and meal costs paid for, and they will be paid the difference between what they are eligible for and the actual cost.

"We will also pay the cost of stay in Intensive Care Unit (ICU), hospital services and supplies, surgery costs, specialists' fees, pre-admission consultations with specialists and diagnostic tests," he added.

Syed Moheeb explained that for the pre-admission diagnostic tests, the clients will be paid the difference between their eligibility and the actual costs.

Other benefits include pre-surgery specialist consultations and diagnostic tests, specialist calls during hospital stay, outpatient treatment for emergency cases, emergency dental treatment, traditional medical treatment and daily cash allowance for stays in government hospitals.

Clients are also eligible for expenses incurred for homecare, lodging expenses, government service tax, payment for medical records, organ transplants, outpatient cancer treatment and dialysis treatment for kidney patients.

At the function, Takaful Ikhlas presented 10 wheelchairs to the Melaka Health Department under its corporate social responsibility programme.

Takaful Ikhlas is a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd and began operations in July 2003.

Balu Tentera Terkejut Terima Bantuan RM60,000

Sumber: Berita Harian - Okt 2004
KUALA LIPIS, 4 Jun – Seorang balu tentera, Siti Aishah Hamid, 40, berasa terkejut dan tidak menyangka kehadiran dua pegawai syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd dari Kuala Lumpur muncul di rumahnya untuk menyampaikan dana bantuan berjumlah RM60,000 di Kampung Beletik, dekat sini hari ini. Ibu kepada lima orang anak berusia antara 3 hingga 16 tahun menerima sumbangan itu daripada Pengurus Agensi Takaful Ikhlas, Mursal Mat Jadi di rumah bapa mertua ibu tunggal itu di kampong tersebut.

Mursal memberitahu Utusan Malaysia, ibu tunggal itu menerima dana insuran itu bagi pihak suaminya, Allahyarham Nazri Omar yang menyertai polisi Pelan Ikhlas Simpanan Takaful pada 17 Februari tahun ini menerusi caruman sebanyak RM450.

Katanya, syarikat itu meluluskan bantuan dana tersebut kepada Allahyarham Nazri Omar sebanyak RM112,640.56, tetapi jumlah RM60,000 diserahkan dulu kepada balu berkenaan berasaskan Akta Takaful 1984.

“Syarikat ini akan menyerahkan baki bantuan RM52,640 tidak lama lagi selepas balu allahyarham selesai urusan pengagihan harta yang diperakui oleh pihak berkuasa,” selepas menyerahkan cek bernilai RM60,000 kepada Siti Aishah dekat sini hari ini.

Hadir sama pada penyerahan itu ialah Penolong Pengurus Unit Takaful Ikhlas, Shamsul Azhar Ahmad.

Allahyarham Nazri yang menyertai polisi Takaful Ikhlas terlibat dengan kemalangan jalan raya berdekatan Kampung Sungai Sam di Lebuh Raya Kuala Krai ke Gua Musang pada 28 April lalu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lipis.

Sementara itu, Siti Aishah berkata, dia tidak tahu arwah suaminya menyertai polisi tersebut sehinggalah diberitahu oleh Penolong Pengurus Unit syarikat tersebut, Shamsul Azhar Ahmad hari ini.

“Saya bersyukur kepada Allah dan Insya-Allah akan menggunakan bantuan ini untuk kebajikan lima orang anak terutamanya membiayai persekolahan sehingga ke peringkat tinggi,” ujarnya.

Datuk Berazam Guna Wang Pampasan Biayai Pendidikan Cucu.

Sumber: UM - Jan 2005
Dungun 10 Jan– Datuk kepada Mohd . Fauzan Ibrahim, 6, anak yatim piatu selepas ibu bapanya terkorban dalam nahas jalan raya di Pasir Puteh pada Ogos tahun lalu, akan menggunakan wang pampas an yang diterimanya sebanyak RM 70,955 daripada syarikat Takaful Ikhlas untuk membiayai pendidikan cucunya itu.

Mat Yusoff Muda, 59, yang menerima pampasan itu bagi pihak anaknya, Alahyarham Masni Mat Yusoff, 31, berkata beliau akan memastikan Mohd Fauzan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih sempurna dengan wang pampasan tersebut.

Saya langsung tidak menyangka akan menerima pampasan kerana arwah Masni tidak pernah memaklumkan yang dia membuat caruman sehingga saya dimaklumkan oleh sebuah syarikat insuras sebulan lalu.

“Wang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk masa depan anak arwah (Mohd Fauzan). Cucu saya sekarang ini masih lagi sedih kerana kehilangan ibu dan bapanya dalam sekelip mata.” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima wang pampasan tersebut daripada Syarikat Takaful Ikhlas di pejabat syarikat insurans itu, di sini semalam.

Pada 7 Ogos tahun lalu, ibu bapa kanak-kanak itu, Masni dan Ibrahim Omar, 37 dan abang Mohd. Fauzan Mohd Farhan, 8 terbunuh apabila kereta Proton Iswara yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain di Kilometer 49.5 Jln Kota Bharu- Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Mohd. Fauzan terselamat didalam kejadian itu dan hanya mengalami lebam-lebam pada muka dan badan.

Mat Yusoff berkata, beliau hanya mengetahui akan menerima pampasan itu setelah dimaklumkan oleh pihak insurans mengenainya.

“Saya benar-benar terkejut apabila wakil Takaful Ikhlas memaklumkan yang arwah anak saya ada membuat caruman dan meminta saya hadir pada majlis penyerahan cek ini.”

“Bagi saya ini adalah nikmat daripada Allah dan saya amat bersyukur” katanya. Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Keluarga Syarikat itu, Ariffin Mohd Lazim berkata, Alahyarham Masni telah membuat caruman insurans dengan syarikat selama sebulan dengan nilai gaji sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Indahnya Tabarru'(Sedeqah) Dalam Takaful

Sumber: Info Takaful - Jun 2005
Sesungguhnya Islam mengganggap harta sebagai anugerah dan pinjaman sementara kepada manusia. Perlu diingatkan bahawasanya manusia tidak memiliki harta tersebut secara mutlak, bahkan harta tersebut adalah sebagai amanah Allah untuk kita atur dan salurkan dengan cara yang diredhainya.

Sejajar dengan keputusan para alim ulama’ dalam mencari penyelesaian kepada pelaksanaan Sistem Insurans yang selari dengan prinsip Syariah Islam, maka mereka memutuskan bahawa penggunaan kontrak Tabarru’ adalah lebih praktikal dan selamat dalam mengatur-urus Sistem Insurans yang pada tujuan asalnya adalah dianggap baik.

Perbahasan yang ingin diketengahkan pada ruangan kali ini adalah berkaitan dengan Konsep Tabarru’ itu sendiri dan mengapa ianya dipilih sebagai kontrak yang selamat pada pandangan Islam dalam menjalankan aktiviti dan transaksi Insurans. Tabarru’ bolehlah diertikan sebagai suatu bentuk derma Ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ianya dianggap sebagai amalan terpuji di dalam Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi dengan syarat ianya mesti disertakan dengan niat yang Ikhlas.

Tabarru’ dalam aplikasi Insurans atau lebih dikenali sebagai Takaful lebih menjuruskan sumbangan para peserta Takaful di dalam satu Dana Khas di mana dana tersebut berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Dalam hal ini, sumbangan Tabarru’ yang telah disumbangkan itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta kerana ianya merupakan sumbangan yang telah didermakan. Keunikan Dana Tabarru’ ini ialah ianya berfungsi untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagaimana yang telah dipersetujui. Dalam aplikasi Takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam. Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang IKHLAS.

Begitu juga kepada para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep Tabarru’ ini, di mana mereka juga bakal mendapat ganjaran Ilahi sebagaimana maksud Hadith:

"Barangsiapa yang menunujukkan sesuatu kebaikan, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang mengerjakannya". (Riwayat Muslim)

Jika dilihat dari kacamata Islam, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya agar melakukan derma Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan amalan ini sangat dipuji di dalam Islam. Terlalu banyak dalil-dalil yang menyokong perkara ini. Antaranya maksud firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Baqarah: 254)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah:261)

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya)." (Surah al-Baqarah: 265)

Kesimpulannya, kita boleh mengaplikasikan konsep Tabarru’ itu melalui penglibatan kita sebagai peserta Takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan Takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.

Isnin, 7 Julai 2008

Hukum Insurans Konvensional Dan Pelaburan Islam

Soalan :

Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurans tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah. Apakah hukum insurans sebenarnya?

Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamik? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.

Budiman Abd Rahman

Jawapan :
Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insurans ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666M di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830M. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836m @ 1252H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insurans. (Hasyiah
Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Insurans Konvensional :
Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut :
  1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.
  2. Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.
  3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.
  4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
  5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.
Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

Salah Satu Sebab Utama Insurans Konvensional Menjadi HARAM Adalah RIBA
Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge' tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus
Fiqh di Universiti-universiti bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

a) Pembahagian kepada Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)
b) Riba & pembahagiannya
c) Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, Insuran konvensional ini adalah haram kerana terdapat Unsur Riba yang jelas di dalamnya.
Huraian :- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana enam (6) item yg telah disebutkan Nabi di dalam hadithnya.

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua
item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM dari pencarum dengan wang RM dari syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:
a. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)
b. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan (yadan diyadin)

Syarat ini bersumber dari hadith :

" Jangan kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

" Jangan kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah
ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama.. (Muslim)

Maka setiap perbezaan nilai (dalam item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DALAM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.

Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji ( ulama besar di Univeristi Al-Qaherah - telah meninggal dunia) menjelaskan bahawa kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak Justeru
Insuran mempunyai kedua-dua jenis Riba.

Walaupun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan
hanya untuk merasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap Riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa banyak kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi bagi meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insuran bernilai jutaan RM dan lain-lain.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam
syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.

Sebagai Kesimpulan Ringkas Huraian Bagaimana Insurans Konvensional Menjadi
HARAM adalah :
Jawabnya, aqad adalah perkara utama yang diubah dalam hal ini. Insurans konvensional menggunakan aqad pertukaran milik harta (Aqad Mu'awadat Maliah) yang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :
1) Penjual
2) Pembeli
3) Benda yang dijual
4) Harga

Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-
Penjual : Syarikat insuran
Pembeli : Pencarum
Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.
Harga : RM xxx setahun.

Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insuran mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Baginda SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-
  1. Si pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.
  2. Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia di anggap ‘Gharar'. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.
  3. Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Pengharaman Insuran Konvensional ini telah disepakati oleh para ulama antaranya :-
  • As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
  • As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari'ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)
  • As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
  • As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
  • As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
  • As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)
  • As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
  • As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
  • As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
  • As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)
  • As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
  • Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
  • Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
  • As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa' teralim di ketika ini)
  • As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
  • Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal di Jordan kini)
  • Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal di dunia)
Perlu diingat bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insurans juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :
  • Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mereka. Keputusan mereka adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.
  • Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan: Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
  • Majma' al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.
  • Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan. Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa untuk menfatwakan
sebaliknya setelah diulas sebegitu.

PELABURAN ISLAM DENGAN DUIT INSURAN KONVENSIONAL
Adapun soalan berkenaan daan yang terkumpul oleh syarikat insuran itu di laburkan ke pelaburan Islam dan mempunyai penasihat Shariah. Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat terdahulu cara duit terkumpul itu dahulu, samda sah atau tidak dari sudut Shariah. Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam.

Analogi mudah, seorang yang mencuri duit dan kemudian melaburkannya di dalam pelaburan Islam. Tatkala itu, tiada ertinya lagi pelaburan Islamnya itu. Hanya mengurangkan sedikit dosa sahaja. Kerana jika ia melabru di tempat haram, maka dosanya akan berganda kerana 1) curi 2) Melabur tempat haram.

Sekian.

Ust Zaharuddin
www.zaharuddin.net

5 Mac 2007 / 15 Safar 1428

[1] ‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33
[2] Rujuk Al-Mu'amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423
[3] Rujuk ‘Uqud at-Takmin, hlm 111


Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP