Khamis, 29 Mei 2008

Kesabaran

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua,

Kesabaran adalah suatu unsur atau ciri yang perlu bahkan mesti ada pada setiap daripada kita. Seringkali ada sesuatu yang menguji kesabaran kita termasuk diri saya sendiri. Kita bukanlah seorang yang berjaya jika belum diuji, malah iman yakni kepercayaan dan keyakinan kita kepada tuhan juga tidaklah jitu dan sempurna selagi kita tewas pada dugaanNya. Sudah tentu semua itu datang dariNya. Kenapa kita diuji? Tentulah untuk mengetahui sejauh mana keredhaan kita sebagai seorang hamba kepada TUANnya. Wallahu'alam, hanya tuhan yang lebih mengetahui...


Jumaat, 23 Mei 2008

Nikmat dan Syukur

Assalamualaikum w.b.t,

Kini, satu hari sudah hampir berlalu dan ini bermakna kita patut bersyukur kerana masih diberikan masa dan kesempatan oleh Allah SWT untuk terus hidup dan menghadapi hari-hari mendatang tanpa mengetahui apakah yang bakal dilalui. Alhamdulillah..

Dalam sedar atau tidak, kita masih dipinjamkan nikmat olehNya untuk melakukan apa yang biasa kita lakukan sehari-hari juga merasai apa kelebihan yang kita ada. Dalam pada itu, kita harus akui bahawa persediaan haruslah dirancang dan tindakan mesti diambil agar keselesaan dan ketenangan lebih terjamin di kemudian hari umpama "menyediakan payung sebelum hujan".

Justeru, saya ingin menyeru saudara saudari, tuan puan agar memikirkan akan situasi-situasi kritikal atau 'menyesakkan' yang tidak mustahil boleh berlaku sama ada esok, lusa, atau 10-20 tahun akan datang mahu pun beberapa saat/minit sahaja lagi. Seorang suami dan bapa kepada 7 orang anak boleh lumpuh kedua belah kaki atau terpotong tangan akibat kemalangan boleh menambahkan kesengsaraan kepada seluruh ahli keluarga kerana hilang keupayaan bekerja atau mata pencarian.

Kebimbangan itu wajar dirasai sekarang..

Maka dengan itu, renungkanlah dan ambillah tindakan yang tepat!

Saya sedia membantu semampu boleh dengan khidmat perundingan Takaful Diri, Keluarga / Insurans Hayat berasaskan Islam Takaful Ikhlas. Sebelum itu, saya mohon maaf kerana laman blog ini masih lagi di peringkat pembinaan kerana baru sahaja didaftarkan dan proses kemaskini akan dilakukan dari semasa ke semasa. Segala kekurangan adalah dikesali.

Saya boleh dihubungi/sms di talian ini : 019-2005677 atau
anda boleh email ke : zamorano06@gmail.com

Terima kasih kerana membaca. Wassalam.

Khamis, 22 Mei 2008

Coretan Pertama

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana memberikan idea, jalan dan petunjuk bagi saya memulakan langkah baru mendirikan blog ini untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama dalam meniti kehidupan yang sementara namun penuh dengan ujian dan cabaran.

Dengan ini, saya berharap dan berdoa agar sentiasa diberikan jiwa yang istiqamah, ilmu yang bermanfaat, masa yang mencukupi dan jasad yang sihat untuk meneruskan usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai tentang takaful/insurans Islam di samping menawarkan khidmat perlindungan, simpanan dan pelaburan berteraskan Islam.

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP