Ahad, 1 Mac 2009

Kembali

Assalamualaikum..
Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..

Setelah beberapa bulan menyepi, kini saya kembali untuk menyambung "khidmat" seperti mana niat asal saya mahu berkongsi ilmu serta maklumat tentang Takaful yang telah saya abaikan sebelum ini kerana kelemahan diri sendiri.

Ya, kadang-kadang kita cenderung memberikan sebab-sebab/alasan kepada suatu keadaan di mana timbul masalah atau kesuntukan, walhal pada masa yang sama kita atau saya sendiri belum cuba sedaya upaya mengambil inisiatif atau mengambil peluang yang ada. Ini mengakibatkan kerugian yang AMAT BESAR atau setidak-tidaknya 'LAMBAT' bagi saya untuk maju sedangkan MASA amat pantas dan tajam bagaikan PEDANG.

Amat malang juga saya tidak dapat memenuhi keperluan atau kehendak semasa terutama bagi pelawat-pelawat walaupun bilangannya tidaklah.

Insya-Allah kita muhasabah diri dan sama-sama baiki kelemahan atau kesilapan masing-masing. Semoga Tuhan tidak putus-putus memberi rahmat dan petunjuk kepada kita yang sering lalai ini.

Ikhlas4all akan terus hidup dan 'bersuara' membawa syi'ar Islam melalui Takaful. Orang boleh bawa Islam melalui sudut/aspek apa sekalipun kerana Islam itu bukan setakat agama, tapi juga cara hidup.

Tak sempurna Islam kita kalau hanya ikut Islam dari sudut ibadat, perayaan, pemakaian, tetapi mengguna pakai sistem ekonomi/kewangan "KAFIRISME" yang mana pelaksanaannya sama 'HARAM' dengan kita minum arak, membunuh dan berzina.

Wallahua'lam.

1 ulasan:

onorafagley Jumaat, 04 Mac, 2022  

JCM Hub Casino - Slot Machines & Games - Slot Machines & Games
JCM Hub is a popular online gambling platform, which 성남 출장마사지 has 나주 출장안마 been 군산 출장안마 in operation since 사천 출장안마 2011. The company holds licences 거제 출장안마 from the Malta Gaming Authority and the UK Gambling

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP