Khamis, 12 Jun 2008

Konsep & Sistem

PENGERTIAN
Berasal daripada perkataan Bahasa Arab "Kafala" bermaksud "menjamin"

Diterbitkan daripada wazan Kata Kerja Mazid > Kaafala - Yukaafilu < style="font-weight: bold; color: rgb(51, 153, 153);">

>Takaafulun< bermakna (Proses Kerja) saling jamin-menjamin.

Melibatkan sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin dan menderma sesama mereka terhadap kerugian/keilatan tertentu dalam satu tempoh yang dipersetujui.

Dengan kata mudah, Takaful ialah insurans yang berlandaskan prinsip Syariah.

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telahpun diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama:

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab:
  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari dan Imam Muslim)
  • Muslim yang sebenar (Mu'min) dengan Muslim yang lain (Mu'min) diibaratkan seperti bangunan di mana setiap bahagian menyokong bahagian yang lain. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi:

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan hadith di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful:
  • Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis 'Aqad (kontrak). Ianya adalah kontrak Tabarru' (derma) dan Mudharabah (pelaburan) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas).
  • Dalam kontrak Tabarru', para peserta bersetuju menderma atau menyumbang kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian dari segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.
  • Melalui kontrak Mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada suatu dana yang diuruskan oleh sesebuah syarikat/pengendali Takaful dan berkongsi keuntungan daripada pelaburan tersebut.
Manfaat Takaful
Sistem Takaful memberi penekana terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Hasilnya, ia memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah.

Kedua, “manfaat” dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'. Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata-mata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

MODEL TAKAFUL IKHLAS
Islam tidak melarang kontrak insurans secara mutlak. Namun begitu, disebabkan kontrak insurans konvensional melibatkan unsur Gharar (tidak jelas), Maisir (perjudian) dan Riba (faedah), menyebabkan ianya bertentangan dengan hukum Syariah. Inilah sebabnya, sistem Takaful telah dikenalpasti berupaya membendung amalan-amalan yang ditegah oleh Syariah dan ternyata mampu menjaga kebajikan masyarakat keseluruhannya. Ini bagi membolehkan seseorang Muslim mendapat perlindungan alternatif daripada risiko kerugian disebabkan kesusahan yang menimpanya.

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih sistem Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
  • Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana untuk membantu peserta lain.
  • Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau.
Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika ada dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.


Klik pada rajah di atas untuk melihat dengan lebih jelas

Kami bertekad untuk menyediakan perlindungan Takaful keluarga dan am secara komprehensif. Kami memberikan penekanan utama terhadap inovasi produk yang menawarkan ciri-ciri kelainan bagi memastikan penerimaan pasaran.

Produk perlindungan keluarga kami memberi tumpuan terhadap simpanan atau pelan berkaitan pelaburan serta pelan perlindungan gadai janji. Perlindungan am pula menawarkan pelan-pelan berinovatif untuk melindungi harta seperti kenderaan, bangunan dan aset-aset lain. Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan dan keinginan para pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelan-pelan ini diunderait bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelanggan, dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah golongan berpendapatan rendah meliputi pasaran luar bandar, sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

Dalam pada itu, perkhidmatan kami disokong oleh teknologi canggih yang direka bagi memastikan maklumat yang tepat dan menepati masa. Ini akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme kami semasa berurusan dengan para pelanggan, di samping memberi nilai tambahan dalam perkhidmatan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Antara perkhidmatan sokongan yang dimanfaatkan oleh Takaful IKHLAS adalah:

“Point of Sales” System
Sistem ini memberikan hubungan terus kepada sebutharga dan ilustrasi jualan, yang boleh ditukarkan menjadi polisi. Ia juga menyediakan Analisis Keperluan Kewangan, pengunderaitan dan kelulusan secara “online”.

Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
Sistem secara elektronik ini berupaya menghantar maklumat mengenai anggaran tuntutan di antara Takaful IKHLAS, pembaikpulih kenderaan dan penyelaras tuntutan luaran. Semua tuntutan pampasan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.

BANTUAN IKHLAS, 24 Jam Bantuan Kerosakan Di Jalanraya
Perkhidmatan ini menawarkan bantuan 24 jam, 365 hari setahun kepada para peserta sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan. Sekiranya diminta, pusat panggilan akan menghantar kemudahan menunda, bagi membolehkan kenderaan anda dihantar ke panel bengkel kenderaan yang berhampiran.

e-Nota Lindungan
Perkhidmatan ini dihubungkan secara elektronik kepada Sistem Insurans JPJ. Ia memudahkan urusan memperbaharui dan mengeluarkan nota lindungan insurans dan cakera cukai jalan dengan menyediakan pusat perkhidmatan setempat. Ini merupakan sebahagian daripada hasrat kami dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada para peserta kami.

e-IKHLAS
Sebagai salah satu usaha berterusan Syarikat untuk memperkenalkan saluran transaksi yang inovatif, Takaful IKHLAS telah melancarkan e-IKHLAS. Saluran transaksi ini membolehkan para pelanggan mendapatkan polisi kenderaan bermotor mereka, samada polisi baru atau pembaharuan, secara terus melalui internet dari Takaful IKHLAS .

0 ulasan:

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP