Rabu, 11 Jun 2008

Tentang Kami

MATLAMAT KHUSUS :
  1. Mencapai keredhaan Allah sebagai seorang hamba dan khalifah.
  2. Meneruskan kesinambungan menjaga dan menyebarkan agama Allah demi mendaulatkannya.
  3. Mengajak ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran.
  4. Mengamal dan menghidupkan sistem muamalah Islam untuk kesejahteraan umat.
  5. Mengembalikan kekuatan umat Islam dalam sosio-ekonomi seterusnya memakmurkan bumi Allah dengan rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Sejarah dan Industri Takaful Di Malaysia

Penyata Kewangan Syarikat - Audit 31 Mac 2007

TAKAFUL IKHLAS SDN BHD
Pada 21 April 2003, TISB mula diperbadankan sebagai syarikat pengendali Takaful ke-4 selepas Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Takaful Nasional Sdn Bhd dan Mayban Takaful Berhad. Dengan modal berbayar RM51 juta, TISB memulakan operasinya pada 2 Julai 2003.

Takaful Ikhlas telah meningkatkan modal berbayarnya kepada RM100 juta bermula 31 Disember 2004 bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa di samping mengembangkan perniagaan dan meningkatkan keyakinan pelabur.

SYARIKAT INDUK KAMI

Diperbadankan pada tahun 1972. MNRB Holdings Berhad (MNRB) yang dahulunya dikenali sebagai Malaysian National Reinsurance Berhad, merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaan reinsurans dan insurans. MNRB yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad telah mencatat perolehan sebanyak RM670 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2004. Pemegang saham utama MNRB adalah Permodalan Nasional Berhad dan Skim Amanah Saham Bumiputera.

Dana pemegang saham MNRB telah meningkat kepada RM617 juta daripada RM565 juta pada tempoh yang sama dengan jumlah aset bernilai lebih RM1.5 bilion. MNRB pernah diiktiraf sebagai kaunter pembayar dividen terbaik pada Bursa Saham Malaysia.

PROFIL KORPORAT

PENDEKATAN PERNIAGAAN
DI TAKAFUL IKHLAS, kami memegang amanah mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip syariah. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawal selia oleh Majlis Penasihat Syariah yang diketuai oleh Y. Bhg. Dato' Mohd. Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.

Kami komited dalam membantu para pelanggan kami secara cekap dan berkesan khususnya apabila melibatkan soal tuntutan dan pampasan. Ini adalah kerana kami ingin meyakinkan meraka bahawa usaha kami untuk memberikan ketenangan fikiran bukanlah sekadar slogan semata-mata, tetapi satu realiti. Apa yang lebih penting, kami IKHLAS.

WAWASAN
TAKAFUL IKHLAS bercita-cita untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan yang berlandaskan akidah, prinsip dan nilai-nilai Islam.

MISI
Kami komited menyediakan produk bernilai-tambah dan perkhidmatan berkualiti melalui warga kerja yang berdaya-saing, rangkaian pengedaran berkesan dan teknologi yang menyokong pengurusan perniagaan yang cekap dan berinovasi dalam perekitaran kreatif, dinamik dan agresif. Perolehan perniagaan aka didorong oleh pemahaman yang jelas berhubung keperluan pasaran dan pertumbuhan yang seimbang.

NILAI-NILAI TERAS
Nilai-nilai kami meliputi keseluruhan organisasi dan operasi. Prinsip-prinsip Islam dan nilai-nilai moral akan memandu kami untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan mendorong kami menghadapi masa depan daripada operasi perniagaan harian hingga ke pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan termasuklah menjaga nilai-nilai etika.

KEKUKUHAN KEWANGAN
Kami berharap mendapat keyakinan dari para pesera kami berdasarkan reputasi yang telah sedang dibina sebagai penyedia perkhidmatan seperti mengurus kewangan dengan amanah dan cekap, melaksanakan tuntutan dengan cepat dan adil serta memastikan kestabilan kewangan syarikat. Kami percaya dengan berpegang kepada Islam sebagai nilai teras syarikat, keyakinan saudara atau peserta kami akan lebih terjamin.

PERKHIMATAN BERASASKAN PELANGGAN
Kami percaya dengan mengamalkan sikap proaktif dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan para peserta di samping keadaan semasa yang sentiasa berubah, menerusi penghasilan produk dan perkhidmatan bernilai-tambah. Kami akan sedaya upaya memenuhi cita-cita semua pelanggan demi kepentingan bersama.

BUDAYA KUALITI
Kami berpegang kpada kepercayaan untuk melakukan perkara yang betul pada kali pertama dan pada setiap kali ianya dilakukan. Kualiti dan peningkatan berterusan akan menjadi pendorong utama dalam semua proses pengurusan kami.

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP