Selasa, 10 Jun 2008

Soalan Lazim

Dalam ruangan ini, saudara saudari boleh mengemukakan sebarang soalan berkaitan Takaful dan saya akan cuba menjawabnya dengan izin dan pertolongan Allah..


Koleksi Soal Jawab
(Jawapan dari pelbagai sumber - Pakar @ Ustaz @ Ahli)


Soalan 1:
Saya masih kurang mengerti dengan apa yang diharamkan dalam mengambil insurans konvensional. Jika hasil dari caruman saya, dilaburkan oleh syarikat insurans dengan cara yang halal (dilaburkan di kuanter saham halal), adakah ia masih dianggap haram?

Dengan memiliki insurans, ini bermakna saya telah menyediakan sejumlah wang yang akan ditinggalkan kepada keluarga saya, apabila saya mati nanti. Dengan harapan keluarga saya tidak akan hidup melarat sesudah ketiadaan saya. Apakah atas sebab yang sebegini, mengambil insurans masih lagi dianggap haram?

Andai tidak berlaku apa-apa ke atas diri saya(saya tidak mati), saya akan memiliki sejumlah wang simpanan hasil dari caruman saya melalui skim insurans tersebut. Saya juga bercadang untuk menggunakannya untuk mengerjakan haji jika ketika itu saya masih belum mengerjakan haji.

Saya tidak nampak yang mengambil insurans ini sebagai haram. Saya telah bertanya dengan pelbagai orang, dan ada yang diantaranya bergelar ustaz, menyatakan bahawa jika pelaburannya adalah halal, tiada sebab ia menjadi haram. Maka saya menjadi yakin dengan apa yang saya lakukan.

Namun apabila didatangi agen dari Takaful, dengan menyatakan bahawa insurans secara konvensional adalah haram, saya menjadi terkeliru, dan saya beranggapan, beliau hanya ingin mempengaruhi saya membeli produk insurans dari Takaful.

Dengan ilmu yang amat sedikit ini, saya memohon penjelasan yang sejelas-jelasnya dari pihak yang berkaitan...

Jawapan:
Majlis Fatwa 1972 telah mengharamkan insurans kerana ia mengandungi 3 unsur iaitu gharar, maisir dan riba.

Menurut fatwa Mufti Johor, Almarhum Datuk Syed Alwi bin Tohir Al Hadad di dalam Kumpulan Fatwa Mufti Kerajaan Johor, jilid pertama halaman 253-254 bahawa hukum memberi atau menyimpan sebagai caruman ke dalam insurans nyawa adalah sama dengan riba bank, yakni haram hukumnya.

Menurut fatwa Mufti Kerajaan Terengganu, Almarhum Syed Yusuf bin Ali Az Zawawi di dalam Kumpulan Fatwa Mufti Kerajaan Terengganu, halaman 114 bahawa insurans nyawa adalah salah satu daripada perkara bid'ah dan ia tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Untuk membaca lebih lanjut, klik di sini.


Soalan 2:
Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurans tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah. Apakah hukum insurans sebenarnya?

Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamik? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.

Budiman Abd Rahman

Jawapan :
Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insurans ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666M di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830M. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836m @ 1252H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insurans. (Hasyiah
Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Insurans Konvensional :
Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut :
  1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.
  2. Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.
  3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.
  4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
  5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.
Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.

Salah Satu Sebab Utama Insurans Konvensional Menjadi HARAM Adalah RIBA
Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge' tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus Fiqh di Universiti-universiti bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

a) Pembahagian kepada Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)
b) Riba & pembahagiannya
c) Syarat jual beli dalam Islam.

Untuk membaca lebih lanjut, klik di sini.
















-Harap maaf, masih di peringkat pembinaan dan penyusunan-

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP