Rabu, 16 Julai 2008

Datuk Berazam Guna Wang Pampasan Biayai Pendidikan Cucu.

Sumber: UM - Jan 2005
Dungun 10 Jan– Datuk kepada Mohd . Fauzan Ibrahim, 6, anak yatim piatu selepas ibu bapanya terkorban dalam nahas jalan raya di Pasir Puteh pada Ogos tahun lalu, akan menggunakan wang pampas an yang diterimanya sebanyak RM 70,955 daripada syarikat Takaful Ikhlas untuk membiayai pendidikan cucunya itu.

Mat Yusoff Muda, 59, yang menerima pampasan itu bagi pihak anaknya, Alahyarham Masni Mat Yusoff, 31, berkata beliau akan memastikan Mohd Fauzan mendapat kemudahan pendidikan yang lebih sempurna dengan wang pampasan tersebut.

Saya langsung tidak menyangka akan menerima pampasan kerana arwah Masni tidak pernah memaklumkan yang dia membuat caruman sehingga saya dimaklumkan oleh sebuah syarikat insuras sebulan lalu.

“Wang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk masa depan anak arwah (Mohd Fauzan). Cucu saya sekarang ini masih lagi sedih kerana kehilangan ibu dan bapanya dalam sekelip mata.” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima wang pampasan tersebut daripada Syarikat Takaful Ikhlas di pejabat syarikat insurans itu, di sini semalam.

Pada 7 Ogos tahun lalu, ibu bapa kanak-kanak itu, Masni dan Ibrahim Omar, 37 dan abang Mohd. Fauzan Mohd Farhan, 8 terbunuh apabila kereta Proton Iswara yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan lain di Kilometer 49.5 Jln Kota Bharu- Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Mohd. Fauzan terselamat didalam kejadian itu dan hanya mengalami lebam-lebam pada muka dan badan.

Mat Yusoff berkata, beliau hanya mengetahui akan menerima pampasan itu setelah dimaklumkan oleh pihak insurans mengenainya.

“Saya benar-benar terkejut apabila wakil Takaful Ikhlas memaklumkan yang arwah anak saya ada membuat caruman dan meminta saya hadir pada majlis penyerahan cek ini.”

“Bagi saya ini adalah nikmat daripada Allah dan saya amat bersyukur” katanya. Sementara itu, Pengurus Unit Takaful Keluarga Syarikat itu, Ariffin Mohd Lazim berkata, Alahyarham Masni telah membuat caruman insurans dengan syarikat selama sebulan dengan nilai gaji sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

0 ulasan:

Tentang Blog Ini

Satu usaha untuk menyebarkan maklumat dan memberi kefahaman khusus tentang Takaful atau Insurans berasaskan Islam serta menyelesaikan isu dan kekeliruan berkenaannya di samping menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan.

  © Blogger template 'The Base' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP